Thursday, October 25, 2018

BBM3410/18 : Berjinak-jinak bersama akaun TWITTER pula

Akaun Twitter yang memang telah wujud sejak azali lagi. Tapi tak aktif sama sekali. Aduhai  anakku Sazali ! Haha Macam biasa kena cari semua kawan sekelas punya akaun,  pergi akaun mereka kena tekan butang 'Ikut'. Bakunya bahasa kuuu. Nama pun Linguistik Melayu yedakkkk. Kena Tweet satu kiriman dan Retweet kawan kita punya kiriman. Ini bukti saya ni anak murid Prof N yang baik dan mendengar arahan

Comel kan nama twitter saya. Angelo's gituuu. Acah acah angel. Haaaaa, jangan lupa tekan butang 'Ikut' di akaun saya ! @Atiqahche__

Wednesday, October 24, 2018

BBM3410/18 : Tiada tempat bertaut lagi

Masalah yang mengganggu aku buat masa sekarang ni ialah apa hala tuju aku dengan rakan yang lain Februari nanti. Baru minggu lepas, masa kelas minor. Ada pensyarah kami memaklumkan bahawa susahnya nak cari kerja sekarang. KPLI dan dimansuhkan. MyBrain juga dimansuhkan. Dari tingkatan enam lagi aku bercita-cita nak dapat gelaran 'Dr'. Aku usaha untuk itu sejak tujuh tahun dulu. Aku buat sehabis baik diperingkat STPM sehingakan aku jadi nombor satu dalam sekolah. Aku sambung usaha di peringkat Ijazah, aku usaha untuk memperoleh Anugerah Dekan setiap semester. Tapi, bila dah semester terakhir ni. Aku ibarat tinggal  lagi selangkah je nak masuk perancangan yang aku dah rancang selama ni. Musnah macam tu je 😥 Ya Allah tuhan je tahu. Dua minggu lepas aku masih semangat untuk itu, tapi bila terima makluman tu. Aku jadi taknampak jalan mana aku nak ambil lepas ni. Kenapa zaman aku semua ni nak berlaku. Tunggu 10 20 tahun depan takboleh ke 😞

Wednesday, October 17, 2018

BBM3410/18 : Tugasan Simpulan Bahasa


Tugasan simpulan bahasa baru la melambangkan pelajar Bacelor Linguistik Melayu. Prof memahami jiwa pencinta bahasa dari diri setiap pelajarnya. Kami ditugaskan untuk memilih 10 simpulan bahasa. Seterusnya mengambil gambar yang menunjukkan makna peribahasa tersebut. Namu kelas Fotografi kannn :)

Aku taknak senaraikan simpulan bahasa yang kumpulan kami pilih, tapi teka gambar hasil yang kami dapat. 





Ehhhh, kenapa lima je ? Ahhhh mana boleh belanja semua. Tunggu pembentangan kumpulan kami minggu depan.

BBM3410/18 : EMBAH LANANG & EMBAH

Waris Jawa. Haha itu sebabnya aku panggil atok lelaki Embah Lanang dan Atok Prempuan pula Embah. Pelik kan panggilan tu. Kalau hangpa bukan orang Jawa, hangpa takkan tahu istilah ni. Baru nama panggilan dah pening, belum dengar depa borak bahasa Jawa lagi. Boleh berpusing mata hitam kebelakang. "Petpetan" "Kentawilan" " pecicil" haaaaaaaa. panggil pakar penterjemah pun belum tentu dapat terjemah. Tapi kami Generasi Ketiga dah tak fasih sangat omong Jawa nya. Paham dikit-dikit ajaaaa. Prof, paham bahasa Jawa tak ? Hehe

BBM3410/18 : Tiada Istilah Bekas Kawan

Umur semakin hari semakin meningkat. Kita melangkah dari satu peringkat kehidupan kepada peringkat lain. Alam kehidupan di Universiti tidak membuatkan ku lupa pada kawan-kawan sku sewaktu di sekolah dahulu. Bila imbas kembali, kehidupan di asrama SMK Seri Bera, pelbagai memori terlintas difikiran ku. Kelakuan yang nakal, panjat sana panjat sini, kena hambat dengan rotan setiap kali nak ke surau, ponteng itu ini. Lahaiiiii, patut la warden tepuk dahi dulu. Aku masih ingat, hanya kerana kesalahan ponteng maghrib di surau. Aku dan yang lain dihina dikhalayak ramai. Kami bukan tak solat ! Cuma solat sendiri dekat bilik. Warden pada waktu itu memanggil aku dan yang lain, berdiri di tengah khalayak ramai. Ditolak kepala. Ditampar. Aku masih ingat kata-kata cikgu tersebut, "Budak macam korang takkan berjaya. Aku nak jumpa korang 10 tahun lagi, nak tengok korang jadi apa". Haha Akhirnya aku mampu buktikan pada mereka, hanya dua tahun kemudian aku dapat Anugerah Pelajar Paling Cemerlang STPM 2014. Poiter aku 3.92 kot. Aku takpayah nak buktikan banyak pada cikgu-cikgu yang pernah menghina dulu. Cikgu boleh sembang dengan sijil & Pointer saya. Aku sayang kawan-kawan aku sebab tu lahhhh. Kami dihina bersama dan kami berjaya jadi manusia juga sama-sama







Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18 : Aku dan PITA yang masih terbengkalai . . .


Menggalas tanggungjawab sebagai pelajar Tahun Akhir. Tugasan paling besar dalam melengkapkan Ijazahku ada Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA). Kajian yang aku lakukan merupakan gabungan kursus major dan minor yang diambil. Diharapkan PITA ini mampu aku siapkan dengan jayanya. 

Tajuk kajian yang dilakukan 'Terjemahan Unsur Budaya dalam Buku Fiksyen Kanak-Kanak'


Penyelia PITA yang amat penyayang bagiku. Prof Madya Dr Vijayaletchumy 💕 Dari semester satu lagi, aku dah banyak kelas bersama Dr V. Baik sangat. Suka tolong student. Cara dia buat kami rasa selesa dan ikhlas nak menuntut ilmu. Dia betul betul sampaikan ilmu tuuu. 

Gambar sekadar hiasan... 

BBM3410/18 : Marah itu Sifat Syaitan 😈


Dedikasi aku tuju khas buat untuk orang yang pemarah "Orang yang kuat tu bukanlah orang yang selalu berperang dan menumpaskan orang lain. Tetapi orang yang mampu menahan dirinya ketika marah"....

Sejujurnya, sifat aku bukan seorang yang pemarah. Tidak kira apa situasi, mahupun dengan siapa sekalipun. Sifat yang lebih gemar berdiam lebih aku senangi. 

Terkadang, tertanya dari mana rasa marah itu hadir. Adakah kerana hanya untuk melepaskan keluhan dari bebanan yang dipikul. Adakah hanya kerana untuk memperlihatkan dirimu berkuasa. Entah lahhhhh . . . Tiada jawapan dari ku 

Aku tertarik dengan hadis yang menyatakan:
"Jika kamu sedang dalam amarah, maka duduklah dan bertenang, jika masih ada rasa marah itu maka baringlah seketika. Namu jika masih ada amarah dihati mu, maka bersujudlah kepada Tuhan mu. 

Tempias sifat amarah mu hanya membinasakan manusia disekeliling mu. Ketakutan dan ketakutan. 


Gambar sekadar hiasan 



BBM3410/18 : Erti Sabar

Sengaja. Diri ini ingin menyentuh soal sabar. Semua orang boleh kata 'Sabar...Sabar...Sabar',  tetapi hakikatnya tidah mampu dilakukan. Sebagai mahasiswa di univerti yang merupakan salah satu universiti terbaik Malaysia,  kadang kala aku tidak rasa seperti berada dalam kelompok golongan intelektual kerana sikap segelintir mahasiswa di sini. Apa lahh sangat ujian yang kita lalui, perbelanjaan ditanggung (Ptptn), pengknapan disediakan, makan pakai cukup. Tetapi masih merungut itu dan ini. Apabila mereka mendenar orang merungut, pandai sangat 'Dia ni tak sabar laaa,  itu la,  ini laaaa'. Tapi bila kena batang hidung sendiri,  kau bukan merungut malah @#$%^&* dan macam-macam.

Saudara, renungkan.....

Allah uji bukan pada musibat yang diberikan sahaja. Kau carut itu ini, maknanya kau gagal dalam ujian yang Allah bagi tu. Belajar tarik nafas dalam-dalam. Fikir sebelum lepaskan kata-kata.

Kerana ada manusia disekeliling mu yang tak suka nak dengar perkataan-perkataan negatif tuuu. Fahamilahhhh ☹️


Gambar sekadar hiasan.


BBM3410/18 : Friendship Never Die

Ini la sayang sayang aku sejak dari semester 1. Bermula cerita di Universiti dengan lima bunga yang cantik dan baik. Yang hujung sekali belah kanan tu aku rapat dengan dia hujung sem satu. Sebab tragedi dia terbang dari basikal dekat Bukit Ekspo masa jalan jalan dengan kami. Bukan main lepas dapat basikal free. Sampai terbang ko Fez 😂

Kemana-mana mesti bersama, dalam kelas mesti duduk sekumpulan. Sampai ada kawan sekelas cakap "Seronok la tengok korang ni, mana mana pun mesti sama-sama". Kami pun macan biasa letak tangan dekat bahu "Well" 🤗


 

Mereka berdua 👇🏻 ni juga kesayangan aku. Dah sekelas dari semester 1, tapi kami baru je kawan masa musim latihan industri. Dalam masa singkat, tak percaya yang aku boleh sayang budak berdua ni. Seronok bila balik kerja sama sama, makan sama sama, kongsi cerita setiap hari tentang department masing masing. Lain rasanya dengan sebelum ni. 


Ini juga kawan aku 🌸 Selalu disisi juga dihati 🙈 Yang bersemangat tinggi, bermotivasi. Kalau tak percaya dengan dia bercakap terus rasa terbakar semangat. Tak tipu 😅 Terima kasih 


BBM3410/18 : Keluarga itu jalan untuk kau ke syurga

Ini bukan jiwa aku, tapi NYAWA. Abah dan Mak. Berusia tetapi masih berusaha untuk anak-anak bahagia. Senyuman yang mampu memanjangkan nafasku, adalah senyuman mereka. Takboleh la nak tulis panjang panjang 😔 Dah bergenang ni. 


Kakak dan adik perempuan yang setia bersama aku menjadi buruh kasar dirumah 😅 Ada je nak kemas itu la, kemas ini laaaa. Takboleh duduk diam. Jangan pening peninh, kami memang semua cantik dan manis ikut mak. Tengok la tuuu😝


Apabila diri ku mahukan sesuatu di luar kemampuan mu kau pujuk diriku dengan lembut berharap aku dapat bersabar untuk mendapatkannya..
Dikala diriku dalam kesakitan engkau pergi membawa diriku ke klinik supya diriku sembuh ..
Dikala diriku menangis ketika sedang mengalami masalah kau sentiasa memberi nasihat kepada diriku supaya bersabar dan kuat menghadapi masalah dunia ini..

Terima Kasih abah dan mak
kerana abah dan mak diriku dapat mengenali siapa itu pencipta alam ini dan pesuruhNya
Kerana abah dan mak diriku dapat kesempurnaan di dalam kehidupan ini..
Kerana abah dan mak lah aku dapat terus bernyawa di muka bumi ini menikmati keindahan dunia Allah s.w.t

Terima Kasih abah dan mak 
Kerana begitu besar pengorbanan mu kepada anak-anakmu..
Jasamu tak mungkin dapat ku balas dengan emas dan permata..
Hanya doa tulus ikhlas dapat diriku sampaikan untuk kalian berdua..
Semoga kalian sentiasa berbahagia di dunia dan akhirat nanti..

Terima kasih Abah + Mak ♥️
Che Ismail bin Che Ibrahim 
Anita binti Sulaiman 

BBM3410/18 : Flatlay Mode

Tugasan minggu ke 4, seperti biasa Fotografi fotografi dan fotografi. Tapi kali ni berbeza sikit sebab untuk dia aku, aku belum pernah tahu ilmu ni. Prof minta kami ambil gambar Flatlay. Bila prof tunjuk contoh dekat depan. Baru la semua orang 'oooooo' yang tu ke. Acah acah tahu 😒

Semua terkejar kejar sebab Prof bagi masa 1 jam setengah jeee. Gilaaa, mau tak berlecak ketiak masing masing. Tonggeng bag semua orang nak cari barang untuk dijadikan produk. Pendapat aku, tugasan ni dan dalam masa yang singkat tak sesuai untuk individu yang pentingkan kesempurnaan. Sebab hang semua kalut, tang mana nak dapat yanh sempurna. Haihhhh

Kami ditugaskan untuk ambil gambar empat jenis Flatlay. Saksikan apa yang kumpulan aku dapat hasilkan: 
  1. Flatlay (Dedikasi untu Hari Jadi Prof N)



  1. Half Flatlay (Ni pun aku rasa lain dari kumpulan lain, kami ada fotografer terbaik iaitu Thalha 🌻 Semua Cantik lahhh!)

  1. Quater Flatlay ( Nama pun mahasiswa, lagi-lagi mahasiswa tahun akhir & semester akhir. Memang ilmiah la semua yang ada dalam bag. Tengok la tu, PITA dalam bag siap kot. Tak A jugak tak tahu laaa. Ni la namanya hidup dan mati bersama PITA 💪🏼)
  1. Zero Flatlay ( Gambar ni semua tertonggeng nak amik yang terbaik. Punya la takut Prof tak like. Tapi comel kan bag aku tuuuu. Yang bunga bunga tuuy 🌸 Hehe RM9 jeeee. Dekat Shoppee. Hehe Promote la apa salahnya) 


BBM3410/18 : Disebalik Tabir (Flatlay)

Sebelum dapat hasil gambar yang cantik dan sempurna. Kena la jugak tunjuk proses kerjanya. Ingat senang ke. Menerap, telentang, tertonggeng atas jalan, atas rumput, atas meja. Macam macan gaya. Haha seronok. Masa ni la nak tengok tangan ahli group yang mana yang berseni bila ambil gambar. Untuk tugasan ni, memang kelam kabit nak cari barang. Kena ada tema pula tuuuu. Tapi kerja ambil gambar ni seronok. Lagi lagi bila kena post dekat akaun instagram. Memang suka laaa 🤗 

Siap ada kawan sekolah aku tanya, kau dah kenapa tak berhenti post gambar acah acah studio tu 😅 Dengan pasrahnya aku cakap la demi mengejar seketul Gred A untuk subjek Prof Normaliza. 

  1. Tengok la talha tu. Tertonggeng dikhalayak ramai. Sanggup susun buku semua peralatan atas jalan tar demi nak satu latar belakang yang sesuau. Lahaiii 💪🏼

IMG_2592.jpeg
  1. Ni pun satu cerita jugak. Mengepak ketiak dikhalayak ramai hahaaa demi mendapatkan gambar Flatlat yang sempurna. Ikut syarat dan sebagainya. Yang sebelah tu aku tak tahu la pening sebab bau ketiak ke apaaa. 
IMG_2604.jpeg

  1. Orang kata nak cari bakal suri hati kena cari yang gigih. Haha tu ada dah calon calonnya. Feminin feminin barang semua pink dah. Tapi tu laaaaa mencangkung pulak tengah jalan 😂 Proff, lihat la usaha anak didik mu ini. 
IMG_2605.jpeg

  1. Dedaun kering semestinya menjadi pilihan. Menaikkan mood musim luruh gituuuu 😒 Haha Macam biasa talha la jugak yang suka rela menonggengkan diri. 

IMG_2588.jpeg

  1. Perbincangan sebelum sesi bermula. Pertama kami tentukan tema dan konsep yang ingin diguna pakai. Dari dalam kelas lagi Prof Normaliza dah pantau cara yang betul untuk ambil 4 jenis Flatlay ni. 
IMG_2610.jpeg
IMG_2612.jpeg
IMG_2614.jpeg

  1. Ni kemuncak bila big boss turut padang. Pantau hasil kerja masing masing. Haha masa ni la nak serbu Prof. Prof ni betul tak? Soalan wajib. Bila Prof kata 'Passs', Huhhhhh leganya laaaaa. 

IMG_2608.jpeg

Tuesday, October 2, 2018

BBM3410/18: MaryKay time 💄

Ruang bebas untuk aku pula kali ni 😊
Penjagaan diri menjadi keutamaan untuk diri ini. Dalam menjaga kesucian hati, kesucian muku juga perlu dititikberatkan. Gituuuuuu. Haha

Pendedahan awal selepas berumur 18 tahun, aku melibatkan diri untuk menjadi 'Beauty Consultant'  bagi produk yang dikenali iaitu MaryKay. Bila sebut je marykay pada rata rata wanita, ramai yang menyatakan keistimewaan produk ini berbanding produk tempatan. Tular yang ditonton di rata media sosial menyatakan produk tempatan mengadungi kandungan merkuri yang membahayakan. 

Jadi. Untuk mengelakkan dari kulit anda menjadi mangsa. Mari la ramai ramai kita guna marykay ! Yeayyyyy 



Hubungi saya di talian 0145187968 🌻


MaryKay. Discover what you love ♥️

BBM3410/18: Fotografi! Semua nak acah model

Semua student prof yang tak tercapai hasrat nak jadi model boleh ambil peluang dari tugasan baru yang diberi. Haha Prof meminta kami mengambil gambar mengikut jenis dan teknik yang ditetapkan. Sama seperti yang lain. Aku pun acah acah jadi model la masa ni. Saksikan 😝

#MugShot 

#MediumShot 

#LongShot 

#OverTheShoulder

#BirdsEyeView

#Portrait

Dalam seronok bergambar, ilmu yang diperoleh mesti dimanfaatkan. Hebatnya kami sebab Prof kata dia belajar subjek Fotografi memakan masa selama satu semester. Kami cuma satu hari. Nama pun Malaysia Baharu. Mahasiswa mesti semua genius belaka. Adanya penerangan prof, kami tahu macam mana nak ambil gambar dengan posisi yang betul. 


Sayang Prof ! 

BBM3410/18: Safari Park dan Cipanzi

Berbeza dengan rakan yang lain, tugasan Pesta Makanan bertukar menjadi tugasan memburu Badak Sumbu Afrika. Hahahahah Tugasan #BBM3410Safari 🦍

Lokasi petama: Petrosains Kuantan 

Perasaan yang dirasai sama seperti sewaktu terlibat dalam lawatan semasa sekolah rendah dulu. Main kejar kejar. Balajar macam mana buih terbentuk, macam mana getaran bunyi, macam mana nak kawal getaran bola. Macam macam lagi laaa. 




Lokasi kedua: Perpustakaan awam 

Nama pun perpustakaan, memang buku jela yang ditemui. Bahagian paling digemari ialah bahagian buku fiksyen. 





Lokasi terakhir: Safari Park, Bukit Gambang Resort City 🐘

Lokasi paling teruja sekali. Masa untuk memburu haiwan haiwan afrika. Kami dibawa menaiki bas untuk membuat lawatan tersebut. Pengalaman paling manis yang tercoret disini, ialah bermain dengan Helang seberang 5 kilogram. Sangat berdebar. Beruntungnya aku. 




BBM3410/18 : FACEBOOK Kuuuuuu. . . .

Semua media sosial kami sapu demi Prof tercinta :) niat Prof nak bagi kami popular la tuuuuu. D Demi Prof,  saya aktifkan Facebook ya...