Dedikasi aku tuju khas buat untuk orang yang pemarah "Orang yang kuat tu bukanlah orang yang selalu berperang dan menumpaskan orang lain. Tetapi orang yang mampu menahan dirinya ketika marah"....
Sejujurnya, sifat aku bukan seorang yang pemarah. Tidak kira apa situasi, mahupun dengan siapa sekalipun. Sifat yang lebih gemar berdiam lebih aku senangi.
Terkadang, tertanya dari mana rasa marah itu hadir. Adakah kerana hanya untuk melepaskan keluhan dari bebanan yang dipikul. Adakah hanya kerana untuk memperlihatkan dirimu berkuasa. Entah lahhhhh . . . Tiada jawapan dari ku
Aku tertarik dengan hadis yang menyatakan:
"Jika kamu sedang dalam amarah, maka duduklah dan bertenang, jika masih ada rasa marah itu maka baringlah seketika. Namu jika masih ada amarah dihati mu, maka bersujudlah kepada Tuhan mu.
Tempias sifat amarah mu hanya membinasakan manusia disekeliling mu. Ketakutan dan ketakutan.
No comments:
Post a Comment