Sunday, December 9, 2018

BBM3410/18 : FACEBOOK Kuuuuuu. . . .

Semua media sosial kami sapu demi Prof tercinta :)
niat Prof nak bagi kami popular la tuuuuu. D

Demi Prof,  saya aktifkan Facebook yang dah lama saya tinggalkan. 



BBM3410/18: TWITTER. Lagi dan lagi. . . . .

Izinkan saya, mempromosikan akaun Twitter saya ! Mana tahu boleh popular kan. Haha













Takboleh belanja banyak sangat. Kalau nak tengok lebih bayar ahhhhh !
Hehe tak. Boleh tekan butang 'Ikut" di akaun Twitter saya. 
@Atiqahche__

Tak rugi tau. Tak nak ke berkenalan dengan keturunan bidadari kayangan. Haha

Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18 : Video Tanpa Wajah


Ilmu baharu selepas penghasilan video tanpa wajah 😊

Perkara yang menjadi keutamaan dalam menghasilkan video tanpa wajah ini ialah:

  1. Memiliki jalan carita yang jelas
  1. Fokus hanya pada suatu benda atau anggota 
  1. Tidak dibenarkan memasukkan bahagian wajah. 
  1. Pemilihan Lagu
x
Jalan cerita yang disusun dari permulaan kepada klimaks serta plot peleraian. Kumpulan Tadaa menghasilkan video yang berlainan daripada kumpulan lain kerana menggunakan teknik imbas kembali dalam video kali ini. 

Fokus boleh dilakukan pada bahagian anggota badan iaitu sama ada tangan, kaki, belakang badan atau sebagainya kecuali wajah. Kumpulan Tadaa memberi fokus pada objek iaitu 'Tisu'. Bertepatan dengan plot cerita,  tisu merupakan objek yang sentiasa ada dalam setiap Plot cerita 

Segala ekspresi yang diberikan hanya melali tubuh badan sahaja. Tidak sebarang wajah dibenarkan 


Pemilihan lagu yang mempunyai tema adalah digalakkan. Sebagai contoh lagu Sudirman- Salam Terakhir. Gambaran lagu telah memperlihatkan plot cerita sedih. 

BBM3410/18: Video One Shot



Terdapat tiga video one shot yang dihasilkan sepanjang kelas bersama Prof. Terdapat tiga jenis video yang dihasilkan iaitu : 

  1. One Shot 
Video ini memiliki satu lapisan sahaja. Kumpulan Tadaa memilih lagu Seminggu Berhari Raya - Senario. Lokasi pengambaran dilakukan dia Muzium Warisan UPM. Kod pakaian yang ditetapkan ialah pakaian tradisional iaitu Baju Melayu untuk lelaki dan baju kurung untuk perempuan. Video One Shot merupakan video yang dihasilkan dengan berlatar belakangkan pemandangan yang kosong. Yang dibenarkan untuk bergerak semasa video dijalankan ialah penyanyi sahaja

  1. One Shot Two Layer 
Video one shot two layer merupakan video yang memiliki dua lapisan. Pergerakan hanya pada penyanyi dan pelakon dibahagian belakang sahaja. Kumpulan Tadaa memilih lagu Memori Tercipta- Shila Amzar. Video dirakam di kawan Taman Pertanian UPM. Setiap penyanyi dikehendaki untuk menyanyi bergilir-gilir. Keistimewaan jalan cerita yang dimiliki menarik minat Prof. Plot cerita menceritakan fasa umur dari kecil ke alam persekolahan beralih pada kehidupan universiti dan alam berumur. 

  1. One Shot Three Layer 
Video ini mempunyai tiga lapisan. Laposan pertama merujuk penyanyi, lapisan kedua merujuk pelakon, lapisan ketiga sama ada alam sekitar atau pelakon tambahan yang tidak disengajakan. Info penting dalam menghasilkan video three layer ini ialah,  jalan cerita mestilah jelas. Lakonan di bahagian belakang tidak bertindan dan bergokis kepada suatu babak sahaja. Terlalu banyak babak akan mengelirukan para penonton. 


Kesimpulan, setiap video mempunyai fokus dan babak utama yang diketengahkan. 

BBM3410/18: Papan Cerita



Tugasan menghasilkan E-Majalah. Sedikit info berkaitan E-Majalah ialah,  merupakan majalah elektronik. Proses pembikinan E-Majalah merupaka proses kerja yang agak berbeza. Tiada penggunaan alat multimedia seperti kamera dan alat bantu lain. 

Alat yang dibekalkan untuk membuat E-Majalah ialah hanya lima helai kertas bersaiz A4 yang berwarna putih. Penghasilan E-Majalah dibuat setelah setiap kumpulan memilih produk yang ingin dipromosikan. Seperti kumpulan kami,  pilihan produk kumpulan Tadaa ialah produk kecantikan iaitu berasaskan penjagaan wajah. Draf dilakukan dengan hanya menggunakan pensil. Setiap ahli kumpulan perlu menglibatkan diri dalam proses penulisan E-Majalah tersebut. 

Elemen yang diperlukan untuk menghasilkan E-Majalah ialah: 
  1. Muka Hadapan Majalah
  2. Senarai Kepengarangan
  3. Produk-produk yang dimiliki
  4. Cadangan Majalah 

Pengelasan produk diberikan mengikut fungsi setiap daripadanya. Antara produk yang terdapat dalam E-Majalah Kumpulan Tadaa ialah :
  1. Set Botanikal
  2. Set Pemutihan
  3. Set Anti-Penuaan
  4. Set Kulit Normal
  5. Set Kulit Sensitif

Setiap set mempunyai fungsi dan peranan tersendiri. Peringkat awal,  Majalah Tadaa memberikan fungi setiap produk iaitu pencuci, penyegar, pelembab, krim malam, krim siang dan serum) 

Tugasan dibahagikan mengikut setiap individu. Berikut merupakan kerja bagi setiap individu mengikut halaman. 
  1. Atiqah 
  2. Shuhada
  3. Abir
  4. Hidayah
  5. Thalha
  6. Ikhmal Shaffiq
  7. Solihin
  8. Munirah
  9. Hussain 
  10. Hanif

Kesimpulannya, kesemua ahli kumpulan mendapat input sebelum, semasa dan selepas. 

Sedikit pendapat peribadi, kesenian juga amat diperlukan dalam menghasilkan E-Majalah ini. Ini kerana,  walaupun arahan untuk menghasilkan draf sahaja. Namun sanggupkan kalian melihat lukisan budak lima tahun pada E-Majalah kumpulan anda ? 



BBM3410/18: Asas Grafik

Setelah menjalani kelas Multimedia dalam Bahasa,  terdapat ilmu baharu yang diperoleh. Ilmu asas grafik memberi manfaat yang mendalam kepada kami dalam menghasilkan grafik yang sempurna. 

Terdapat beberapa elemen yang perlu dititik beratkan dalam asas grafik ini. Iaitu : 

  1. Mudah
  2. Warna
  3. Keseimbangan
  4. Teks 
  5. Kesesuaian 

Asas grafik ini dilakukan secara praktikal oleh pelajar-pelajar. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan ini ialah: 
  1. Mounting Board (Digunakan sebagai alas untuk ditampal gambar)
  2. Majalah Terpakai (Mencari bahan iaitu gambar yang menepati elemen-elemen yang telah ditetapkan dalam asas grafik serta huruf dan abjad) 
  3. Gunting (Memotong gambar dan huruf dari majalah)
  4. Gam UHU (Menampal gambar dan huruf, tanpa ada kesan gelembung)
  5. Riben (Mengikat mounting board yang telah dilubangkan)
  6. Penebuk Lubang (Menebuk lubang pada board) 
  7. Pisau (Memotong gambar) 


Proses kerja dilakukan dengan teliti. Prof memberikan pesanan mesra , bahawa hasil yang kemas dan tidak terdapat gelembung yang ingin Prof lihat. Setelah berulang kali bertemu prof, setiap kumpulan berjaya menghasilkan satu asas grafik yang menepati syarat. 

BBM3410/18 : FACEBOOK Kuuuuuu. . . .

Semua media sosial kami sapu demi Prof tercinta :) niat Prof nak bagi kami popular la tuuuuu. D Demi Prof,  saya aktifkan Facebook ya...