Wednesday, October 17, 2018

BBM3410/18 : Tiada Istilah Bekas Kawan

Umur semakin hari semakin meningkat. Kita melangkah dari satu peringkat kehidupan kepada peringkat lain. Alam kehidupan di Universiti tidak membuatkan ku lupa pada kawan-kawan sku sewaktu di sekolah dahulu. Bila imbas kembali, kehidupan di asrama SMK Seri Bera, pelbagai memori terlintas difikiran ku. Kelakuan yang nakal, panjat sana panjat sini, kena hambat dengan rotan setiap kali nak ke surau, ponteng itu ini. Lahaiiiii, patut la warden tepuk dahi dulu. Aku masih ingat, hanya kerana kesalahan ponteng maghrib di surau. Aku dan yang lain dihina dikhalayak ramai. Kami bukan tak solat ! Cuma solat sendiri dekat bilik. Warden pada waktu itu memanggil aku dan yang lain, berdiri di tengah khalayak ramai. Ditolak kepala. Ditampar. Aku masih ingat kata-kata cikgu tersebut, "Budak macam korang takkan berjaya. Aku nak jumpa korang 10 tahun lagi, nak tengok korang jadi apa". Haha Akhirnya aku mampu buktikan pada mereka, hanya dua tahun kemudian aku dapat Anugerah Pelajar Paling Cemerlang STPM 2014. Poiter aku 3.92 kot. Aku takpayah nak buktikan banyak pada cikgu-cikgu yang pernah menghina dulu. Cikgu boleh sembang dengan sijil & Pointer saya. Aku sayang kawan-kawan aku sebab tu lahhhh. Kami dihina bersama dan kami berjaya jadi manusia juga sama-sama







No comments:

Post a Comment

BBM3410/18 : FACEBOOK Kuuuuuu. . . .

Semua media sosial kami sapu demi Prof tercinta :) niat Prof nak bagi kami popular la tuuuuu. D Demi Prof,  saya aktifkan Facebook ya...