Ini bukan jiwa aku, tapi NYAWA. Abah dan Mak. Berusia tetapi masih berusaha untuk anak-anak bahagia. Senyuman yang mampu memanjangkan nafasku, adalah senyuman mereka. Takboleh la nak tulis panjang panjang 😔 Dah bergenang ni.
Kakak dan adik perempuan yang setia bersama aku menjadi buruh kasar dirumah 😅 Ada je nak kemas itu la, kemas ini laaaa. Takboleh duduk diam. Jangan pening peninh, kami memang semua cantik dan manis ikut mak. Tengok la tuuu😝
Apabila diri ku mahukan sesuatu di luar kemampuan mu kau pujuk diriku dengan lembut berharap aku dapat bersabar untuk mendapatkannya..
Dikala diriku dalam kesakitan engkau pergi membawa diriku ke klinik supya diriku sembuh ..
Dikala diriku menangis ketika sedang mengalami masalah kau sentiasa memberi nasihat kepada diriku supaya bersabar dan kuat menghadapi masalah dunia ini..
Terima Kasih abah dan mak
kerana abah dan mak diriku dapat mengenali siapa itu pencipta alam ini dan pesuruhNya
Kerana abah dan mak diriku dapat kesempurnaan di dalam kehidupan ini..
Kerana abah dan mak lah aku dapat terus bernyawa di muka bumi ini menikmati keindahan dunia Allah s.w.t
Terima Kasih abah dan mak
Kerana begitu besar pengorbanan mu kepada anak-anakmu..
Jasamu tak mungkin dapat ku balas dengan emas dan permata..
Hanya doa tulus ikhlas dapat diriku sampaikan untuk kalian berdua..
Semoga kalian sentiasa berbahagia di dunia dan akhirat nanti..
Terima kasih Abah + Mak ♥️
Che Ismail bin Che Ibrahim
Anita binti Sulaiman
No comments:
Post a Comment