Saturday, November 17, 2018

BBM3410/18: Short Escape

Lokasi :  Kellie's Castle ( Batu Gajah, Perak )

Disebabkan PITA dah selamat dihantar,  kami dengan tenangnya berjimba mencari tempat tempat indah. Bila ditanya,  semua orang teringin nak datang ke kellie's castle ni. Sebabnya nak bergambar. Tapi tahukah anda,  terdapat banyak keunikan tempat ini. Mehhhh saya kongsikan :)

1. Kellie's Castle merupakan salah satu tempat bersejarah yang terdapat di negeri Perak. Istana ini dibina pada tahun 1905 oleh seorangpeladang getah terkemukaScotland bernama William Kellie Smith. Bangunan setinggi tiga tingkat ini dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang binaan bangunan ini dibawa khas dari Madras. 

2. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Scotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Tanah Melayu pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. 

       Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya ialah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluas rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland. Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapi dengan lif yang pertama dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.

     Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling tersendiri di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya. Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.

Orang tua-tua kabor,  nak masuk baca bismillah. Assalamualaikum :)

Gambar di dalam Kellie's Castle:



Gambar dari luar Kellie's Castle:





x

BBM3410/18: Di Sebalik Tabir One Shot Two Layer Video - TADAA PRODUCTION

Ppppppppppprrrrrrrrroooooooooooooofffffffffffffffffffffffffff  ❤

One shot two layer pula. Bertambah la artis dalam industri Malaysia ni nanti. Hahaaaa semua under Prof N. Production. Seperti biasa,  ini tugasan kami yang seterusnya. Lagu yang dipilih bertajuk 'Bobo di mana? - Dato Aliff Syukri, Nur Sajat & Lucintaluna. Bukan berniat untuk menyokong LGBT, tetapi mencari sesuatu yang boleh dijadikan bahan ketawa. Alang-alang,  kami semua akan ingat sampai tua.

Hadam gambar-gambar semasa pembikinan :)






Thursday, November 15, 2018

Monday, November 12, 2018

BBM3410/18 : Bukan Cantik dari Lahir

 Saya nak dedahkan realiti sebenar kepada Prof. Dalam Prof tengok muka-muka kami semua, satu kelas bukan main lawa. Hahaha, maklumla dah semester akhir. Senior la katakan. Takkan la selebet je lagi. Cehhhhh Prof jangan terpedaya dengan kecantikan itu.

Betapa susahnya nak jadi cantik. Berapa proses tapisan baru dapat hasilnya. Saya paling suka bila tengok gambar gambar kami masa awal awal masuk U. Alahhhhhh baik je muka. Semua orang tudung tutup dahi. Ingatkan pembawa ajaran Syiah, rupanya budak budak masik tahun pertama.

Saya nak belanja Prof, gambar-gambar musim muka cekodok zaman dulu.





BBM3410/18 : DIA bagi rasa sakit sebab DIA sayang

Minggu 8. Jumaat. 11.00 pagi.

Dalam kesesakan kepala aku nak fikir FYP dan VIVA minggu depan. Adik perempuan aku terpaksa ditahan wad selama 4 hari. Semua gara-gara appendiks. Jangan pandang ringan, jangan ingat orang suka makan pedas je berisiko menhidap penyakit ini. Untuk pengetahuan, adik aku tu sos pun dia tak makan. Punya la takut pedas. Tapi taktahu la, nak dijadikan cerita dia kena jalani pembedahan sehari selepas ditahan wad.

Aku. Kalau bab ujian keluarga sakit ni lemah sikit :( Terus gerak balik Pahang tanpa fikir FYP atau apa sekalipun. Laptop tak bawak. Buku tak bawak. Dalam fikiran aku, aku yang kena jaga dia dekat wad. Kesian mak, sakit belakang tidur atas kerusi. Hospital tu, aku pun pelik. Remote aircond dia rosak kot. Gila sejuk dalam wad tu. Kesian mak kalau aku tak balik :(

Aku sampai. Malam tu Dr tolak adik aku masuk Dewan Bedah. Kesiannya dia. Kecik-kecik nak kena belah perut bagai. Alhamdulillah semuanya selamat. Setiap malam, aku tak tidur lena. Adik aku garu hidung pun aku akan terjaga. Punya la takut dia sakit.



BBM3410/18 : Pengalaman Latihan Industri di Dewan Bahasa dan Pustaka

Penggal lalu, aku bersama rakan-rakan yang lain menjalani latihan industri di organisasi pilihan masing-masing. Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi organisasi pilihan utama bagi kami semua. Namun, ekoran kekangan faktor pengankutan, tempat tinggal, kos sara diri dan lain-lain. Ramai daripada rakan yang lain memilih kampung halama. Tidak kira dimana sekalipun, pengalaman yang diterima sepanjang menjalani latihan industri amat bermanfaat.

Di DBP, aku ditempatkan di Bahagian Akademi, iaitu bahagian yang menguruskan seminar, kelas pengajaran bahasa kepada penutur bahasa asing, pembekal penceramah bagi program-program bahasa dan banyak lagi.

Mengimbas kembali kenangan Latihan Industri, Program yang paling mencabar ialah Program Memartabatkan Bahasa Melayu bagi kalangan pelajar universiti Prince of Songkla, Thailand.
Peserta program yang tidak fasi berbahasa Melayu menjadi jurang komunikasi antara kami. Namun, segalanya berjalan lancar. Pelbagai aktiviti dijalankan bersama para peserta.



Nampak meyakinkan bukan seperti pakar bahasa yang bertauliah :)

BBM3410/18 : Adope Photoshop. . . Sengsara Jiwa Haaaaaa

Mula dari minggu enam, kami sudah mula ditugaskan untuk menghasilkan Kalendar Meja 2019. Senang je, tapi. . . Yang buat jadi susah, kena guna aplikasi Adope Photoshop. Haha !

Waktu kelas amali, macam macam riaksi muka dapat ditonton. Ada yang kerut kening, ada yang bergaris, ada yang menitik air mata. Lagi parah, ada yang kepak dua komputer riba dia. Ishhh ishhh tak baca Bismillah la tuuu. Sabar jela :)

Kali petrtama guna Adope Photoshop sewaktu latihan industri beberapa bulan lalu. Nak kata berbakat tu memang tak laaa. Tapi ada la sedikit sebanyak ilmu untu itu. Tertekan, memang tertekan. Tapi awak semua akan rasa faedahnya bila lihat hasil kerja di akhir nanti. 

Seperti aku, aku menetapkan tema terlebih dahulu untuk kalendar meja ciptaan ku. Tema yang dipilih ialah buah-buahan. Tak sabar nak tunjuk hasil kalendar meja aku pada semua. Buat masa sekarang, hadam la dulu gambar sebelum kalendar itu siap. Haha !







Bila tengok separuh jalan ni. Cita rasa aku boleh dikatakan sdikit kebudak budakkan jugak kan ? Hahahaa


Soalan untuk prof. Ada rasa nak beli tak Kalendar Meja daripada saya ? 


BBM3410/18 : Dedikasi Buat PROF DR N :)

Dari Instagram beralih ke Twitter, ramai yang bertanya siapa Prof N ni. Disebabkan oleh semua kiriman aku di media sosial, tercatat #ProfDrN. Dimana-mana #ProfDrN. Tertanya tanya kan, apa nama sebenar Prof N ni. Seorang Professor yang berpendirian tinggi, kreatif dalam memberi tugasan, dan sangat comel bagi aku.

Nama penuh beliau, Professor Dr Normaliza binti Abd Rahim. Satu-satunya tenaga pengajar yang dikenali dengan gelaran Prof Prof Prof. Sejak tahun lalu lagi, aku menjalani kuliah bersama beliau. Kelas pertama aku hadiri pun , Prof dah buat aku terhibur. aku ingat lagi, sewaktu kelas minor. Memang banyak sangat kerja, nak saiz ni, nak warna ni. Tapi, aku rasa macam uniknya la Prof ni. Hahahahaha Benda yang orang lain tak terfikir, tapi beliau sorang yang terfikir tentang pendekatan tersebut.

Berbaki satu semester terakhir ini, hari-hari aku masih dihiasi dengan kehadiran Prof untuk subjek major. Kerja senang je. Suka sangat pegang telefon pintar kan ? Haaaaaa, ambik kauu! Semua tugasan guna telefon kau yang pintar tu.

Semua tugasan yang menyeronokkan. Seronok bukan sebab apa, masa ni la boleh acah-acah model dalam Instagram. Kalau tak, kawan-kawan pengikut Instagram mesti rasa aku buang tabiat. Haha, jadi dengan alasan "Ini Tugasan Prof N" maka lahirlah model-model yang tidak berbayar di media sosial. Ini la Prof kesayangan semua !



BBM3410/18 : Di Sebalik Tabir 'One Shot Video' - TADAA PRODUCTION

Tugasan seterusnya.

Kami ditugaskan untuk membuat rakaman video iaitu 'One Shot Video' bagi sebuah lagu yang telah dipilih kumpulan masing masing. Kami, dari Produksi Tadaa memilih lagu yang popular pada zaman dahulu iaitu Seminggu Berhari Raya oleh Senario. Unik kannn ? ada jugak yang nak buat Senario, sibuk je. Haha bukan apa. Hilang la keistimewaan video kami kalau adabanyak sangat Senario. Cukup untuk itu, ini merupakan gambar sebelum dan selepas pembikinan video tersebut. Untuk video tu, istimewa ditayangkan wakru kuliah Prof N minggu depan. Tungguuuu . . . .




Untuk video tu, istimewa ditayangkan wakru kuliah Prof N minggu depan. Tungguuuu . . . .

BBM3410/18 : FACEBOOK Kuuuuuu. . . .

Semua media sosial kami sapu demi Prof tercinta :) niat Prof nak bagi kami popular la tuuuuu. D Demi Prof,  saya aktifkan Facebook ya...