Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: Papan Cerita



Tugasan menghasilkan E-Majalah. Sedikit info berkaitan E-Majalah ialah,  merupakan majalah elektronik. Proses pembikinan E-Majalah merupaka proses kerja yang agak berbeza. Tiada penggunaan alat multimedia seperti kamera dan alat bantu lain. 

Alat yang dibekalkan untuk membuat E-Majalah ialah hanya lima helai kertas bersaiz A4 yang berwarna putih. Penghasilan E-Majalah dibuat setelah setiap kumpulan memilih produk yang ingin dipromosikan. Seperti kumpulan kami,  pilihan produk kumpulan Tadaa ialah produk kecantikan iaitu berasaskan penjagaan wajah. Draf dilakukan dengan hanya menggunakan pensil. Setiap ahli kumpulan perlu menglibatkan diri dalam proses penulisan E-Majalah tersebut. 

Elemen yang diperlukan untuk menghasilkan E-Majalah ialah: 
  1. Muka Hadapan Majalah
  2. Senarai Kepengarangan
  3. Produk-produk yang dimiliki
  4. Cadangan Majalah 

Pengelasan produk diberikan mengikut fungsi setiap daripadanya. Antara produk yang terdapat dalam E-Majalah Kumpulan Tadaa ialah :
  1. Set Botanikal
  2. Set Pemutihan
  3. Set Anti-Penuaan
  4. Set Kulit Normal
  5. Set Kulit Sensitif

Setiap set mempunyai fungsi dan peranan tersendiri. Peringkat awal,  Majalah Tadaa memberikan fungi setiap produk iaitu pencuci, penyegar, pelembab, krim malam, krim siang dan serum) 

Tugasan dibahagikan mengikut setiap individu. Berikut merupakan kerja bagi setiap individu mengikut halaman. 
  1. Atiqah 
  2. Shuhada
  3. Abir
  4. Hidayah
  5. Thalha
  6. Ikhmal Shaffiq
  7. Solihin
  8. Munirah
  9. Hussain 
  10. Hanif

Kesimpulannya, kesemua ahli kumpulan mendapat input sebelum, semasa dan selepas. 

Sedikit pendapat peribadi, kesenian juga amat diperlukan dalam menghasilkan E-Majalah ini. Ini kerana,  walaupun arahan untuk menghasilkan draf sahaja. Namun sanggupkan kalian melihat lukisan budak lima tahun pada E-Majalah kumpulan anda ? 



No comments:

Post a Comment

BBM3410/18 : FACEBOOK Kuuuuuu. . . .

Semua media sosial kami sapu demi Prof tercinta :) niat Prof nak bagi kami popular la tuuuuu. D Demi Prof,  saya aktifkan Facebook ya...