Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: Asas Grafik

Setelah menjalani kelas Multimedia dalam Bahasa,  terdapat ilmu baharu yang diperoleh. Ilmu asas grafik memberi manfaat yang mendalam kepada kami dalam menghasilkan grafik yang sempurna. 

Terdapat beberapa elemen yang perlu dititik beratkan dalam asas grafik ini. Iaitu : 

  1. Mudah
  2. Warna
  3. Keseimbangan
  4. Teks 
  5. Kesesuaian 

Asas grafik ini dilakukan secara praktikal oleh pelajar-pelajar. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan ini ialah: 
  1. Mounting Board (Digunakan sebagai alas untuk ditampal gambar)
  2. Majalah Terpakai (Mencari bahan iaitu gambar yang menepati elemen-elemen yang telah ditetapkan dalam asas grafik serta huruf dan abjad) 
  3. Gunting (Memotong gambar dan huruf dari majalah)
  4. Gam UHU (Menampal gambar dan huruf, tanpa ada kesan gelembung)
  5. Riben (Mengikat mounting board yang telah dilubangkan)
  6. Penebuk Lubang (Menebuk lubang pada board) 
  7. Pisau (Memotong gambar) 


Proses kerja dilakukan dengan teliti. Prof memberikan pesanan mesra , bahawa hasil yang kemas dan tidak terdapat gelembung yang ingin Prof lihat. Setelah berulang kali bertemu prof, setiap kumpulan berjaya menghasilkan satu asas grafik yang menepati syarat. 

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18 : FACEBOOK Kuuuuuu. . . .

Semua media sosial kami sapu demi Prof tercinta :) niat Prof nak bagi kami popular la tuuuuu. D Demi Prof,  saya aktifkan Facebook ya...