Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: Video One Shot



Terdapat tiga video one shot yang dihasilkan sepanjang kelas bersama Prof. Terdapat tiga jenis video yang dihasilkan iaitu : 

  1. One Shot 
Video ini memiliki satu lapisan sahaja. Kumpulan Tadaa memilih lagu Seminggu Berhari Raya - Senario. Lokasi pengambaran dilakukan dia Muzium Warisan UPM. Kod pakaian yang ditetapkan ialah pakaian tradisional iaitu Baju Melayu untuk lelaki dan baju kurung untuk perempuan. Video One Shot merupakan video yang dihasilkan dengan berlatar belakangkan pemandangan yang kosong. Yang dibenarkan untuk bergerak semasa video dijalankan ialah penyanyi sahaja

  1. One Shot Two Layer 
Video one shot two layer merupakan video yang memiliki dua lapisan. Pergerakan hanya pada penyanyi dan pelakon dibahagian belakang sahaja. Kumpulan Tadaa memilih lagu Memori Tercipta- Shila Amzar. Video dirakam di kawan Taman Pertanian UPM. Setiap penyanyi dikehendaki untuk menyanyi bergilir-gilir. Keistimewaan jalan cerita yang dimiliki menarik minat Prof. Plot cerita menceritakan fasa umur dari kecil ke alam persekolahan beralih pada kehidupan universiti dan alam berumur. 

  1. One Shot Three Layer 
Video ini mempunyai tiga lapisan. Laposan pertama merujuk penyanyi, lapisan kedua merujuk pelakon, lapisan ketiga sama ada alam sekitar atau pelakon tambahan yang tidak disengajakan. Info penting dalam menghasilkan video three layer ini ialah,  jalan cerita mestilah jelas. Lakonan di bahagian belakang tidak bertindan dan bergokis kepada suatu babak sahaja. Terlalu banyak babak akan mengelirukan para penonton. 


Kesimpulan, setiap video mempunyai fokus dan babak utama yang diketengahkan. 

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18 : FACEBOOK Kuuuuuu. . . .

Semua media sosial kami sapu demi Prof tercinta :) niat Prof nak bagi kami popular la tuuuuu. D Demi Prof,  saya aktifkan Facebook ya...