Monday, November 12, 2018

BBM3410/18 : DIA bagi rasa sakit sebab DIA sayang

Minggu 8. Jumaat. 11.00 pagi.

Dalam kesesakan kepala aku nak fikir FYP dan VIVA minggu depan. Adik perempuan aku terpaksa ditahan wad selama 4 hari. Semua gara-gara appendiks. Jangan pandang ringan, jangan ingat orang suka makan pedas je berisiko menhidap penyakit ini. Untuk pengetahuan, adik aku tu sos pun dia tak makan. Punya la takut pedas. Tapi taktahu la, nak dijadikan cerita dia kena jalani pembedahan sehari selepas ditahan wad.

Aku. Kalau bab ujian keluarga sakit ni lemah sikit :( Terus gerak balik Pahang tanpa fikir FYP atau apa sekalipun. Laptop tak bawak. Buku tak bawak. Dalam fikiran aku, aku yang kena jaga dia dekat wad. Kesian mak, sakit belakang tidur atas kerusi. Hospital tu, aku pun pelik. Remote aircond dia rosak kot. Gila sejuk dalam wad tu. Kesian mak kalau aku tak balik :(

Aku sampai. Malam tu Dr tolak adik aku masuk Dewan Bedah. Kesiannya dia. Kecik-kecik nak kena belah perut bagai. Alhamdulillah semuanya selamat. Setiap malam, aku tak tidur lena. Adik aku garu hidung pun aku akan terjaga. Punya la takut dia sakit.



No comments:

Post a Comment

BBM3410/18 : FACEBOOK Kuuuuuu. . . .

Semua media sosial kami sapu demi Prof tercinta :) niat Prof nak bagi kami popular la tuuuuu. D Demi Prof,  saya aktifkan Facebook ya...